Korang Suka Tak Cerita Pasal Friendship?

Aku? Aku suka betul kalau topik friendship, atau persahabatan ni dibentangkan.
Sebab apa? Sebab aku selalu gagal dalam persahabatan hahahaha.

Entahlah, bila fikir-fikir balik, bagi aku, dalam dunia ni ada dua jenis kawan. Nak dimudahkan cerita, biar aku labelkan dua jenis kawan ni tadi.

Satu, kawan clingy,
lagi satu, kawan yang semua sama rata.

"Apa benda yang semua sama rata ni doh?"
Sabajap boleh, kejap lagi aku cerita.

1. Kawan clingy
Aku rasa semua orang tahu kawan clingy ni macam mana. Kawan yang jenis nak berkepit je dengan kau setiap masa. Tak boleh hidup tanpa kau. Memang nampak tak berdikari, tapi kawan jenis ni lah yang paling setia dan sanggup mati untuk kau. Kalau kau call dia pukul 2 pagi pun aku rasa dia sanggup bangun untuk layan kau. Bagi aku kawan yang clingy ni besar cabarannya. Dipetik daripada tweet mana yang aku tak ingat, katanya, "Loyal people go through the most bullshit." And lagi satu, kawan yang clingy, bila dia dah masuk fasa overly-attached, perangai dia memang akan jadi aneh-aneh. Nasihat aku untuk makhluk-makhluk clingy ni, jangan overly-attached dengan orang yang kau rapat. I repeat, jangan.

2. Kawan yang semua sama rata
Apa entah yang sama rata? Ha, ada satu lagi jenis kawan, yang dia sayang kawan dia semua sama rata. Senang cerita, dia memang takde best friend. Kawan dia maybe yang paling rapat pun dalam squad (eceh) atau bahasa melayunya, dalam berkumpulan. Aku juga pernah encounter dengan orang yang pernah cerita kat aku, dia memang tak boleh stick dengan satu orang je. Kalau tak, dia akan rasa muak dengan orang tu. (Hehehe sorry tuan punya badan, if you read this) Kawan jenis ni, dia cepat rasa rimas. Kiranya kalau dia hilang kawan pun, proses move on dia cepat sebab dia tahu dia ada ramai lagi kawan lain. Bagus kawan jenis yang ni, fikiran dia lebih positif dan kurang meroyan dalam hal-hal persahabatan hahaha.

Nasihat aku (untuk diri aku sendiri jugak sebenarnya), kalau kau jenis clingy, carilah kawan baik yang jenis clingy jugak. Atau kau akan end up patah hati sebab kena reject dengan kawan yang sama rata tadi. Eh, macam cerita daripada pengalaman sendiri je. Kah kah kah diam ah.

So soalan obvious daripada aku, kau rasa aku kawan jenis yang mana satu?
Setelah melalui pengalaman yang pahit berkali-kali kerana gagal dalam persahabatan, aku membuat keputusan untuk berkawan dengan pokok. Sampai Wakayama nanti aku nak cari pokok untuk dibuat teman. Eh aku serius ni.




0 comment(s):

 

Follow