Acah acah mulakan hidup baru dengan blog post yang baru.

Hai kawan-kawan. Sihat ke tak tu? Eh kenapa aku nak taip sihat tapi tertaip shit ye. Kebetulan yang menakjubkan bagi saya.

Okay saje je nak warm up kan dulu blog yang dah lama ditinggalkan ni.

Ya, ini blog lama saya. Suka saya nak bagitau, sebenarnya saya cuma tukar url baru dan sorok semua post bodoh-bodoh masa lampau. Hiks.

Okay, perkenalkan diri. Saya, empunya blog ni, bernama Nurul Syafiqa Binti Hussin.
Bekas pelajar AAJ (Ambang Asuhan Jepun) dan bakal melanjutkan pelajaran ke Wakayama University pada April ini. InsyaAllah.

Mulai hujung bulan Mac nanti saya akan merantau ke bumi sakura.

Tapi, siapa tahu, suatu hari nanti saya akan merantau dan menakluk hati awak pulak lepas ni.

Kah kah kah Syafiqa pls.

0 comment(s):

 

Follow